Aura Episod #3

“Ok Nana, meh aku nak sambung cite sikit.
Kau tu kerja kat ofis banyak jumpa orang kan.

Kalau kau nak tau, aura kita ni macam span tau.

Kau tau kan sifat span tu macamana? Dia sifat mudah sangat menyerap kan?

Macam tu jugak la aura kita. Lagi lah kalau jenis jumpa macam-macam orang tiap hari tau” Cerita si Jemah

“Hah biar betul Jemah. Aku punya la ramai jumpa orang kat ofis tu. Kadang kena pi site sana sini. Penat habis badan aku ni bila balik kerja” Jawab Nana.

“Kau nak tau kenapa kau penat sangat lepas balik kerja?

Sebab, banyak aura-aura negatif kau dah serap kat ofis tu. Dengan radiasi komputer, handphone lagi. Mana tak penat. Lagi pulak kalau kena marah dengan bos ke, gaduh dengan office mate ke. Lagi bertambah kepenatan kau tu tau”, Terang Jemah.

“Perghh!!

Gitu rupanya Jemah. Tak sangka pulak aku sampai gitu sekali kesan aura ni ye. Memang kita semua kena jaga aura la ye kalau macam tu” Tanya Nana.

“Ye Nana, aku pun baru sedar benda ni tau. Kakak aku la banyak cerita kat aku pasal aura ni sebab dia nampak aku penat sangat duk rumah jaga anak dengan bisnes lagi. Dia suruh aku baca pasal aura dan mandi garam. Tu yang aku duk excited baca pastu cerita kat kau ni.

Kita kan ber jiran, kena la ambik berat. So ada ilmu baik yang aku tahu, aku share dengan kau. Eh kejap ye Nana. Kau masuk la rumah dulu. Aku nak masak kejap. Nanti aku sambung lagi ye.” Jawab Jemah.

” Ha Ok2 Jemah, Nanti sambung cerita lagi tau. Aku pun nak masuk rumah dulu. Penat badan ni”